Salam Perpaduan, Salam 1 Malaysia.
Satu pasukan Skuad Khas Sukarelawan Rukun Tetangga bagi Daerah Kubang Pasu yang membabitkan Parlimen Kubang Pasu dan Parlimen Jerlun akan ditubuhkan dalam tempoh waktu yang terdekat. Skuad yang mengandungi seramai 33 orang anggota ini akan dipilih dari kalangan anggota SRS yang terdapat dalam Daerah Kubang Pasu.
Skuad ini bakal mendapat pelbagai latihan menyelamat dari pelbagai agensi seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Rela dan Persatuan Palang Merah. Pemilihan anggota skuad ini akan dipilih berdasarkan beberapa kriteria tertentu seperti merupakan anggota SRS, sihat tubuh badan, kesediaan mengorbankan masa, tenaga dan sebagainya.
Skuad ini akan bertindak menghulurkan bantuan apabila berlaku bencana seperti banjir, kebakaran, kemalangan, ribut, tanah runtuh dan seumpamanya.
Ismail bin Zakaria
Pegawai Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Daerah Kubang Pasu.