Assalamualaikom, Salam Sejahtera, Salam Perpaduan dan Salam 1 Malaysia. Blog Pejabat Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Kubang Pasu ini memaparkan isu, aktiviti, laporan terkini dan perkembangan yang berlaku dalam Pejabat Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Kubang Pasu, Tabika Perpaduan dan Kawasan Rukun Tetangga yang berada dalam seliaan pejabat ini. Kami amat mengalu-alukan sebarang pandangan dan teguran yang membina bagi memantap dan memperkasakan lagi aktiviti pejabat ini dari masa ke semasa.

" 1 MALAYSIA - PEMACU PERPADUAN NEGARA "


SKUAD KHAS SUKARELAWAN RUKUN TETANGGA

Salam Perpaduan, Salam 1 Malaysia.

Satu pasukan Skuad Khas Sukarelawan Rukun Tetangga bagi Daerah Kubang Pasu yang membabitkan Parlimen Kubang Pasu dan Parlimen Jerlun akan ditubuhkan dalam tempoh waktu yang terdekat. Skuad yang mengandungi seramai 33 orang anggota  ini akan dipilih dari kalangan anggota SRS yang terdapat dalam Daerah Kubang Pasu.

Skuad ini bakal mendapat pelbagai latihan menyelamat dari pelbagai agensi seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Rela dan Persatuan Palang Merah. Pemilihan anggota skuad ini akan dipilih berdasarkan beberapa kriteria tertentu seperti merupakan anggota SRS, sihat tubuh badan, kesediaan mengorbankan masa, tenaga dan sebagainya.

Skuad ini akan bertindak menghulurkan bantuan apabila berlaku bencana seperti banjir, kebakaran, kemalangan, ribut, tanah runtuh dan seumpamanya.

Ismail bin Zakaria
Pegawai Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Daerah Kubang Pasu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda?