Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasululllah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Umatku diberikan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadhan iaitu":
Bonus pertama.
Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kesturi disisi Allah.
Bonus ke dua.
Para Malaikat beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.
Bonus ke tiga.
Allah memperindahkan syurgaNya setiap hari dan dan berfirman, "Hampir-hampir, hamba-hambaKu yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan, lalu kembali kepadamu".(Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat)
Bonus ke empat.
Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan bebas seperti pada bulan-bulan selain Ramadhan.
Bonus ke lima.
Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam,(Orang yang beramal akan disemprnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya).
Mengenai bonus ke lima ini, ada sahabat yang bertanya kepada Baginda s.a.w; "Ya Rasulullah, apakah itu berlaku pada malam Lailatulqadar?" Baginda menjawab : "Bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya selepas menyelesaikan amalnya".
(Riwayat Ahmad)
Petikan majalah Solusi bil.34/2011
Selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh warga JPNIN, Guru Tabika, warga KRT dan Peronda SRS Daerah Kubang Pasu.
Daripada:
Ismail b. Zakaria
Pegawai Perpaduan Daerah Kubang Pasu.