Assalamualaikom, Salam Sejahtera, Salam Perpaduan dan Salam 1 Malaysia. Blog Pejabat Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Kubang Pasu ini memaparkan isu, aktiviti, laporan terkini dan perkembangan yang berlaku dalam Pejabat Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Kubang Pasu, Tabika Perpaduan dan Kawasan Rukun Tetangga yang berada dalam seliaan pejabat ini. Kami amat mengalu-alukan sebarang pandangan dan teguran yang membina bagi memantap dan memperkasakan lagi aktiviti pejabat ini dari masa ke semasa.

" 1 MALAYSIA - PEMACU PERPADUAN NEGARA "


KEM SKIM RONDAAN SUKARELA NEGERI KEDAH 2010

Kem dibawah anjuran JPNIN Negeri Kedah tersebut akan diadakan pada :

Tarikh : 3 - 5 Julai 2010
Tempat : PJ Sentosa Kem Site, Puncak Janing, Kuala Nerang.

Sehubungan dengan itu KRT yang disenaraikan dibawah adalah diwajibkan hadir. Setiap KRT perlu menghantar 2 orang Sukarelawan SRS. Keutamaan ialah kepada Ketua Rondaan dan Setiausaha Rondaan.

1. KRT Taman Siswa.
2. KRT Taman Sri Nyior.
3. KRT Taman Mahsuri.
4. KRT Taman Sayang.
5. KRT Taman Tabung Haji.
6. KRT Pekan Air Hitam.
7. KRT Taman Teja Zon A.
8. KRT Taman Melur.
9. KRT Taman Suasana Damai / Kg. Pasir Tambun.

" suatu penekanan dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) adalah memerangi jenayah, dan KRT melalui SRS diberi satu tugas yang istimewa dan lebih penting". ( Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon - Sinar 28 Jun 2010 )

TAMBAHAN ELAUN BULANAN KRT


Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.

Berkuatkuasa bulan Julai 2010, semua KRT di seluruh negara akan menerima kenaikan elaun bulanan berjumlah RM500, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.

Penambahan elaun ini dibuat selepas kementeriannya menerima kelulusan peruntukan tambahan RM14 juta baru-baru ini, berbanding jadual asal hanya kira-kira RM5.6 juta. Perubahan ini diharap dapat membantu KRT menggerakkan aktiviti dengan lebih aktif selepas ini, berbanding 118,000 aktiviti mermbabitkan penyertaan lebih lima juta penduduk pada sepanjang tahun lalu, ujar beliau sewaktu merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Perlis 2010 di Dataran Datuk Sheikh Ahmad, Perlis.

Pertambahan bermula 1 Julai ini membolehkan setiap KRT menerima elaun bulanan RM500, iaitu tambahan RM200 berbanding hanya RM200 sebulan sebelum ini. Jadi kita harap semua KRT di seluruh negara akan bergerak lebih aktif terutama dalam aktiviti kemasyarakatan, termasuk membabitkan soal keselamatan kawasan kediaman melalui Skim Rondaan Sukarela (SRS) katanya.

Beliau juga berkata, pertambahan elaun RM14 juta itu hanya membabitkan jadual pembayaran antara tempoh bulan Julai dan Disember 2010 sahaja. Buat masa sekarang, terdapat 4,700 KRT di seluruh negara dan jika ada pertambahan kelak, beliau yakin bajet untuk pembayaran elaun kepada KRT akan turut dinaikkan.

Sumber : Berita Harian, 5 Jun 2010.