Assalamualaikom, Salam Sejahtera, Salam Perpaduan dan Salam 1 Malaysia. Blog Pejabat Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Kubang Pasu ini memaparkan isu, aktiviti, laporan terkini dan perkembangan yang berlaku dalam Pejabat Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Kubang Pasu, Tabika Perpaduan dan Kawasan Rukun Tetangga yang berada dalam seliaan pejabat ini. Kami amat mengalu-alukan sebarang pandangan dan teguran yang membina bagi memantap dan memperkasakan lagi aktiviti pejabat ini dari masa ke semasa.

" 1 MALAYSIA - PEMACU PERPADUAN NEGARA "


SALAM KEMERDEKAAN

Perpaduan melahirkan KEMERDEKAAN !
Kemerdekaan menzahirkan                 1 MALAYSIA !

Selamat meraikan sambutan kemerdekaan kali ke 53 tahun !

Daripada :
Pejabat Perpaduan Daerah Kubang Pasu

KRT KUBANG PASU SEBAGAI CONTOH

Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Mohd Johari Baharom mahu menjadikan KRT Daerah Kubang Pasu sebagai contoh penyatuan dan perpaduan kaum mengikut konsep 1 malaysia dengan melipatgandakan pelbagai program dan aktiviti antara kaum seperti diamalkan ketika ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, KRT di Parlimen Kubang Pasu kini sangat dikenali sebagai KRT yang mampu membentuk permuafakatan erat antara kaum melalui pelbagai aktiviti seperti perarakan Maulidul Rasul yang sebelum ini turut disertai kaum Cina, India dan Siam.

Bagaimanapun katanya, ia hanya terhad dibeberapa KRT daripada 24 keseluruhan yang ada di Parlimen Kubang Pasu dan sudah sampai masanya diperluaskan lagi bagi membolehkan Kubang Pasu muncul sebagai daerah contoh KRT 1 Malaysia.

Kita perlu melipatgandakan usaha bagi memastikan KRT 1 Malaysia ini dilaksanakan di seluruh 24 KRT di Kubang Pasu, jadi kita mahu masyarakat sepakat dalam segala aktiviti seperti SRS dan pelbagai aktiviti kemasyarakatan termasuk perayaan kerana mampu membentuk masyarakat harmoni dan bersatu padu, katanya pada sidang media selepas majlis pemimpin bersama rakyat dan penyampaian bantuan kepada mangsa banjir, peralatan pertanian dan KRT daerah Kubang Pasu di Jitra pada 9.8.2010.

Seramai 511 penerima hadir pada majlis tersebut yang membabitkan peruntukan keseluruhan kira-kira RM 800,000.00 bagi bantuan mesin dan alatan pertanian, mangsa banjir dan KRT di kawasan Parlimen Kubang Pasu. Mohd Johari berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM 680,000.00 diperuntukan melaui Jabatan Pertanian untuk bantuan alat dan mesin pertanian, manakala lebih RM 100,000.00 bantuan mangsa banjir, selain setiap KRT menerima RM 2,000.00 bantuan khas Parlimen Kubang Pasu.

- Berita Harian, 11.8.2010.

SELAMAT BERPUASA


Pegawai Perpaduan Daerah dan kakitangan Pejabat Perpaduan Daerah Kubang Pasu, Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Kedah mengucapkan selamat berpuasa kepada semua Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa KRT dan guru-guru Tabika Perpaduan Daerah Kubang Pasu yang beragama Islam.

Semoga di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini dapat memberi keinsafan dan memberi kekuatan iman dalam menempuh kehidupan kita seharian. Semoga aktiviti kemasyarakatan dapat diteruskan dalam bulan ini. Mungkin aktiviti yang paling baik dilaksanakan di bulan puasa ini ialah mengadakan Jamuan Moreh dan Berbuka Puasa kepada masyarakat yang terdapat dalam komuniti kita.

Dalam aktiviti Moreh ini beberapa elemen penyatuan masyarakat secara tidak langsung dapat kita terapkan. Antaranya semangat bergotong royong menyiapkan juadah atau jamuan, menggalakkan amalan bersedekah, dan mengimarahkan masjid.

Dan jangan juga kita lupa, pada bulan Ramadhan ini juga merupakan bulan sambutan kemerdekaan negara kita yang ke 53. Teruskan program bulan kemerdekaan pada tahun ini seperti kempen mengibarkan Jalur Gemilang dan sebagainya yang boleh dijalankan sekadar yang termampu. Jangan jadikan puasa sebagai alasan untuk melemahkan semangat patriotik kita.

Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan !!!

MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !