Assalamualaikom, Salam Sejahtera, Salam Perpaduan dan Salam 1 Malaysia. Blog Pejabat Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Kubang Pasu ini memaparkan isu, aktiviti, laporan terkini dan perkembangan yang berlaku dalam Pejabat Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Kubang Pasu, Tabika Perpaduan dan Kawasan Rukun Tetangga yang berada dalam seliaan pejabat ini. Kami amat mengalu-alukan sebarang pandangan dan teguran yang membina bagi memantap dan memperkasakan lagi aktiviti pejabat ini dari masa ke semasa.

" 1 MALAYSIA - PEMACU PERPADUAN NEGARA "


SELAMAT BERPUASA


Pegawai Perpaduan Daerah dan kakitangan Pejabat Perpaduan Daerah Kubang Pasu, Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Kedah mengucapkan selamat berpuasa kepada semua Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa KRT dan guru-guru Tabika Perpaduan Daerah Kubang Pasu yang beragama Islam.

Semoga di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini dapat memberi keinsafan dan memberi kekuatan iman dalam menempuh kehidupan kita seharian. Semoga aktiviti kemasyarakatan dapat diteruskan dalam bulan ini. Mungkin aktiviti yang paling baik dilaksanakan di bulan puasa ini ialah mengadakan Jamuan Moreh dan Berbuka Puasa kepada masyarakat yang terdapat dalam komuniti kita.

Dalam aktiviti Moreh ini beberapa elemen penyatuan masyarakat secara tidak langsung dapat kita terapkan. Antaranya semangat bergotong royong menyiapkan juadah atau jamuan, menggalakkan amalan bersedekah, dan mengimarahkan masjid.

Dan jangan juga kita lupa, pada bulan Ramadhan ini juga merupakan bulan sambutan kemerdekaan negara kita yang ke 53. Teruskan program bulan kemerdekaan pada tahun ini seperti kempen mengibarkan Jalur Gemilang dan sebagainya yang boleh dijalankan sekadar yang termampu. Jangan jadikan puasa sebagai alasan untuk melemahkan semangat patriotik kita.

Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan !!!

MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda?