Assalamualaikom, Salam Sejahtera, Salam Perpaduan dan Salam 1 Malaysia. Blog Pejabat Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Kubang Pasu ini memaparkan isu, aktiviti, laporan terkini dan perkembangan yang berlaku dalam Pejabat Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Kubang Pasu, Tabika Perpaduan dan Kawasan Rukun Tetangga yang berada dalam seliaan pejabat ini. Kami amat mengalu-alukan sebarang pandangan dan teguran yang membina bagi memantap dan memperkasakan lagi aktiviti pejabat ini dari masa ke semasa.

" 1 MALAYSIA - PEMACU PERPADUAN NEGARA "


PERHIMPUNAN KEMERDEKAAN KE 54 DAERAH KUBANG PASU

Pada 20 September 2011 (Selasa) jam 3.00 petang bertempat Di Dewan Utama, Pejabat  Daerah Kubang Pasu telah berlangsung Majlis Perhimpunan Kemerdekaan ke 54 dan Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Peringkat Daerah Kubang Pasu.

Lebih 50 Agensi Kerajaan dan Swasta telah mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut yang menyaksikan lebih 1000 orang dari pelbagai kaum. Pelbagai acara menarik telah dipersembahkan pada perhimpunan tersebut.

Pejabat Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional, Daerah Kubang Pasu yang diketuai oleh Pegawai Perpaduannya En. Ismail bin Zakaria bersama Pen. Pegawai Perpaduan dan guru-guru Tabika dan Taska seramai 23 orang tidak ketinggalan mengambil bahagian.

Wahai anak-anak merdeka,
Bangkitlah, bangkitlah dari lenamu,
Agar kita tidak dijajah lagi.
Merdeka, Merdeka, Merdeka...


Daripada,
Mr. Ku
Perpaduan Daerah Kubang Pasu.






JAMUAN HARI RAYA AIDIL FITRI PEJABAT PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL DAERAH KUBANG PASU MERIAH

Jamuan Hari Raya Aidil Fitri Pejabat Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional, Daerah Kubang Pasu telah di adakan pada 15 September2011(Khamis) yang lalu. Sambutannya amat meriah sekali. Ia mendapat sokongan yang padu dari guru-guru dan KRT Daerah Kubang Pasu.

Pelbagai juadah tradisional dan moden  telah disajikan kepada para tetamu dan tetamu juga dihiburkan dengan lagu-lagu raya. Majlis bermula pada jam 12 tengahari dan tamat pada jam 3.00 petang.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato' Saad bin Hj. Man ADUN Jitra dan En. Mohd. Saidi bin Midin, Pengarah JPNIN Negeri Kedah dan lebih 300 jemputan lain pelbagai kaum.


Daripada,
Mr.Ku
Perpaduan Daerah Kubang Pasu.




SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

Kami Warga PPNIN Daerah Kubang Pasu mengucapkan:

" Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Dan Batin Untuk Semua.."



Pelancaran Jalur Gemilang Daerah Kubang Pasu Sederhana Tapi Meriah

Pelancaran Jalur Gemilang Anjuran Pejabat Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Kubang Pasu telah berlangsung pada 17 Ogos 2011 yang lalu.Turut hadir pada Majlis tersebut ialah YB Dato' Saad bin Man ADUN Jitra, YB Dato' Ahmad Zaini bin Japar ADUN Bukit Kayu Hitam, Ybhg. En. Mohd. Saidi bin Midin Pengarah JPNIN Negeri Kedah serta Wakil Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Inspektor Aziz.


Sebanyak 500 Jalur Gemilang telah dipasang dikenderaan awam dilaluan jalan menghala ke Changlun berhadapan dengan Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Kubang Pasu.


Tujuan di adakan majlis ini adalah untuk menyemai semangat patriotik dan rasa tanggungjawab kepada negara.

Daripada,
Mr. Ku
Perpaduan Daerah Kubang Pasu.







5 BONUS KHAS RAMADHAN


Abu Hurairah r.a. meriwayatkan  bahawa Rasululllah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Umatku diberikan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadhan iaitu":

Bonus pertama.
Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kesturi disisi Allah.

Bonus ke dua.
Para Malaikat beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.

Bonus ke tiga.
Allah memperindahkan syurgaNya setiap hari dan dan berfirman, "Hampir-hampir, hamba-hambaKu yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan, lalu kembali kepadamu".(Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat)

Bonus ke empat.
Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan bebas seperti pada bulan-bulan selain Ramadhan.

Bonus ke lima.
Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam,(Orang yang beramal akan disemprnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya).
Mengenai bonus ke lima ini, ada sahabat yang bertanya kepada Baginda s.a.w; "Ya Rasulullah, apakah itu berlaku pada malam Lailatulqadar?" Baginda menjawab : "Bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya selepas menyelesaikan amalnya".
(Riwayat Ahmad)
Petikan majalah Solusi bil.34/2011

Selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh warga JPNIN, Guru Tabika, warga KRT dan Peronda SRS Daerah Kubang Pasu.

Daripada:
Ismail b. Zakaria
Pegawai Perpaduan Daerah Kubang Pasu.

PERASMIAN KRT KG. LAHAR, MALAU.

Majlis Pelancaran Serentak KRT dan SRS Kg. Lahar, Malau, Jitra Kedah.

Tarikh : 16 Julai 2011, Sabtu.
Masa : 9.00 malam.
Tempat : Dewan Orang Ramai Kg. Lahar, Malau, Jitra.

Semua Pengerusi dan AJK KRT Daerah Kubang Pasu dijemput hadir ke majlis ini.

Ismail b. Zakaria
Pegawai Perpaduan Daerah Kubang Pasu

JAWATANKUASA PENYELARAS RT


Kubang Pasu bakal menjadi daerah pertama di Negeri Kedah dalam mewujudkan Jawatankuasa Penasihat dan Penyelaras Rukun Tetangga bagi Parlimen Kubang Pasu dan Jerlun. Penubuhan Jawatankuasa ini bertujuan untuk menyelaraskan semua aktiviti yang dijalankan oleh KRT mengikut Parlimen masing-masing.

Disamping itu, Jawatankuasa ini juga akan membantu mengaktifkan semula KRT yang sebelum ini kurang daya kreativiti menjalankan aktiviti, membantu menyelesaikan setiap permasalahan atau isu yang boleh menganggu gugat perpaduan dalam masyarakat.

Ismail b. Zakaria
Pegawai Perpaduan Daerah Kubang Pasu.

SKUAD KHAS SUKARELAWAN RUKUN TETANGGA

Salam Perpaduan, Salam 1 Malaysia.

Satu pasukan Skuad Khas Sukarelawan Rukun Tetangga bagi Daerah Kubang Pasu yang membabitkan Parlimen Kubang Pasu dan Parlimen Jerlun akan ditubuhkan dalam tempoh waktu yang terdekat. Skuad yang mengandungi seramai 33 orang anggota  ini akan dipilih dari kalangan anggota SRS yang terdapat dalam Daerah Kubang Pasu.

Skuad ini bakal mendapat pelbagai latihan menyelamat dari pelbagai agensi seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Rela dan Persatuan Palang Merah. Pemilihan anggota skuad ini akan dipilih berdasarkan beberapa kriteria tertentu seperti merupakan anggota SRS, sihat tubuh badan, kesediaan mengorbankan masa, tenaga dan sebagainya.

Skuad ini akan bertindak menghulurkan bantuan apabila berlaku bencana seperti banjir, kebakaran, kemalangan, ribut, tanah runtuh dan seumpamanya.

Ismail bin Zakaria
Pegawai Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Daerah Kubang Pasu.

Selamat Menyambut Tahun Baru 2011

Selamat Menyambut Tahun Baru dari Pegawai Perpaduan Daerah K.Pasu

Assalamualaikum , Salam Sejahtera ,Salam Perpaduan & Salam 1Malaysia  buat semua Warga KRT , TP & Taska Permata Perpaduan Daerah K.Pasu. Semuga dengan kehadiran tahun baru ini akan memberikan semangat baru kepada kita semua.


Saya berharap program dan aktiviti diperingkat KRT dan TP dipergiatkan lagi tahun ini.
 Sekian Terima kasih.