Assalamualaikom, Salam Sejahtera, Salam Perpaduan dan Salam 1 Malaysia. Blog Pejabat Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Kubang Pasu ini memaparkan isu, aktiviti, laporan terkini dan perkembangan yang berlaku dalam Pejabat Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Kubang Pasu, Tabika Perpaduan dan Kawasan Rukun Tetangga yang berada dalam seliaan pejabat ini. Kami amat mengalu-alukan sebarang pandangan dan teguran yang membina bagi memantap dan memperkasakan lagi aktiviti pejabat ini dari masa ke semasa.

" 1 MALAYSIA - PEMACU PERPADUAN NEGARA "


SALAM AIDILFITRI 1431H.


Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua warga JPNIN, Rukun Tetangga dan Tabika Perpaduan yang berada di seluruh Malaysia terutama yang berada dalam Daerah Kubang Pasu.

Salam Aidilfitri daripada,
Pejabat Perpaduan Daerah Kubang Pasu.

SALAM KEMERDEKAAN

Perpaduan melahirkan KEMERDEKAAN !
Kemerdekaan menzahirkan                 1 MALAYSIA !

Selamat meraikan sambutan kemerdekaan kali ke 53 tahun !

Daripada :
Pejabat Perpaduan Daerah Kubang Pasu

KRT KUBANG PASU SEBAGAI CONTOH

Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Mohd Johari Baharom mahu menjadikan KRT Daerah Kubang Pasu sebagai contoh penyatuan dan perpaduan kaum mengikut konsep 1 malaysia dengan melipatgandakan pelbagai program dan aktiviti antara kaum seperti diamalkan ketika ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, KRT di Parlimen Kubang Pasu kini sangat dikenali sebagai KRT yang mampu membentuk permuafakatan erat antara kaum melalui pelbagai aktiviti seperti perarakan Maulidul Rasul yang sebelum ini turut disertai kaum Cina, India dan Siam.

Bagaimanapun katanya, ia hanya terhad dibeberapa KRT daripada 24 keseluruhan yang ada di Parlimen Kubang Pasu dan sudah sampai masanya diperluaskan lagi bagi membolehkan Kubang Pasu muncul sebagai daerah contoh KRT 1 Malaysia.

Kita perlu melipatgandakan usaha bagi memastikan KRT 1 Malaysia ini dilaksanakan di seluruh 24 KRT di Kubang Pasu, jadi kita mahu masyarakat sepakat dalam segala aktiviti seperti SRS dan pelbagai aktiviti kemasyarakatan termasuk perayaan kerana mampu membentuk masyarakat harmoni dan bersatu padu, katanya pada sidang media selepas majlis pemimpin bersama rakyat dan penyampaian bantuan kepada mangsa banjir, peralatan pertanian dan KRT daerah Kubang Pasu di Jitra pada 9.8.2010.

Seramai 511 penerima hadir pada majlis tersebut yang membabitkan peruntukan keseluruhan kira-kira RM 800,000.00 bagi bantuan mesin dan alatan pertanian, mangsa banjir dan KRT di kawasan Parlimen Kubang Pasu. Mohd Johari berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM 680,000.00 diperuntukan melaui Jabatan Pertanian untuk bantuan alat dan mesin pertanian, manakala lebih RM 100,000.00 bantuan mangsa banjir, selain setiap KRT menerima RM 2,000.00 bantuan khas Parlimen Kubang Pasu.

- Berita Harian, 11.8.2010.

SELAMAT BERPUASA


Pegawai Perpaduan Daerah dan kakitangan Pejabat Perpaduan Daerah Kubang Pasu, Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Kedah mengucapkan selamat berpuasa kepada semua Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa KRT dan guru-guru Tabika Perpaduan Daerah Kubang Pasu yang beragama Islam.

Semoga di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini dapat memberi keinsafan dan memberi kekuatan iman dalam menempuh kehidupan kita seharian. Semoga aktiviti kemasyarakatan dapat diteruskan dalam bulan ini. Mungkin aktiviti yang paling baik dilaksanakan di bulan puasa ini ialah mengadakan Jamuan Moreh dan Berbuka Puasa kepada masyarakat yang terdapat dalam komuniti kita.

Dalam aktiviti Moreh ini beberapa elemen penyatuan masyarakat secara tidak langsung dapat kita terapkan. Antaranya semangat bergotong royong menyiapkan juadah atau jamuan, menggalakkan amalan bersedekah, dan mengimarahkan masjid.

Dan jangan juga kita lupa, pada bulan Ramadhan ini juga merupakan bulan sambutan kemerdekaan negara kita yang ke 53. Teruskan program bulan kemerdekaan pada tahun ini seperti kempen mengibarkan Jalur Gemilang dan sebagainya yang boleh dijalankan sekadar yang termampu. Jangan jadikan puasa sebagai alasan untuk melemahkan semangat patriotik kita.

Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan !!!

MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !

PELANCARAN 6 KRT BARU

Enam Kawasan Rukun Tetangga (KRT) baru di Daerah Kubang Pasu telah dilancarkan serentak pada 17 Julai 2010 menjadikan 31 buah KRT di daerah ini iaitu 24 di Parlimen Kubang Pasu manakala 7 lagi di Parlimen Jerlun.

Semua KRT baru itu ialah KRT Taman Tengku Maheran, KRT Taman Rasa Sayang, KRT Kg. Lembah Palas, KRT Taman Kenanga, KRT Kg. Lahar dan KRT Taman Desa Damai. Majlis pelancaran yang diadakan di Taman Tengku Maheran telah disempurnakan oleh Dato' Mohd Johari Baharom, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Ahli Parlimen Kubang Pasu.

Turut hadir di majlis pelancaran ini ialah Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Putra Jaya, Pn. Azizah bt. Ariffin.


KEM SRS PERINGKAT NEGERI KEDAH 2010

Tarikh : 3 - 5 Julai 2010
Tempat : PJ Sentosa Campsite, Kuala Nerang, Kedah.
Perasmian penutup : Dato' Wira Syed Ismail b. Dato' Haji Syed Azizan, Ketua Polis Kedah.
Penyertaan : 113 KRT  Negeri Kedah yang mempunyai SRS. (2 orang setiap SRS)


En. Mohd Saidi b. Midin, Pengarah JPNIN Kedah sedang berucap sewaktu perasmian penutup.


Dato' Wira Syed Ismail b. Dato' Haji Syed Azizan berucap merasmikan penutupan kem SRS.






En. Zulkifli b. Hashim, daripada ibu pejabat JPNIN Putra Jaya sedang menyampaikan taklimat.












Timbalan Ketua Polis Kedah sedang menyampaikan taklimat jenayah.


En. Ismail b. Zakaria, Pegawai Perpaduan Daerah Kubang Pasu bertindak selaku moderator Dialog Keselamatan Bersama Polis, Imigresen dan Jab. Agama Islam Kedah.




SRS KRT Taman Meranti, Kelantan yang menerima anugerah SRS Cemerlang 2010 sedang memberi taklimat.


KEM SKIM RONDAAN SUKARELA NEGERI KEDAH 2010

Kem dibawah anjuran JPNIN Negeri Kedah tersebut akan diadakan pada :

Tarikh : 3 - 5 Julai 2010
Tempat : PJ Sentosa Kem Site, Puncak Janing, Kuala Nerang.

Sehubungan dengan itu KRT yang disenaraikan dibawah adalah diwajibkan hadir. Setiap KRT perlu menghantar 2 orang Sukarelawan SRS. Keutamaan ialah kepada Ketua Rondaan dan Setiausaha Rondaan.

1. KRT Taman Siswa.
2. KRT Taman Sri Nyior.
3. KRT Taman Mahsuri.
4. KRT Taman Sayang.
5. KRT Taman Tabung Haji.
6. KRT Pekan Air Hitam.
7. KRT Taman Teja Zon A.
8. KRT Taman Melur.
9. KRT Taman Suasana Damai / Kg. Pasir Tambun.

" suatu penekanan dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) adalah memerangi jenayah, dan KRT melalui SRS diberi satu tugas yang istimewa dan lebih penting". ( Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon - Sinar 28 Jun 2010 )