Assalamualaikom, Salam Sejahtera, Salam Perpaduan dan Salam 1 Malaysia. Blog Pejabat Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Kubang Pasu ini memaparkan isu, aktiviti, laporan terkini dan perkembangan yang berlaku dalam Pejabat Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Kubang Pasu, Tabika Perpaduan dan Kawasan Rukun Tetangga yang berada dalam seliaan pejabat ini. Kami amat mengalu-alukan sebarang pandangan dan teguran yang membina bagi memantap dan memperkasakan lagi aktiviti pejabat ini dari masa ke semasa.

" 1 MALAYSIA - PEMACU PERPADUAN NEGARA "


PERASMIAN KRT KG. LAHAR, MALAU.

Majlis Pelancaran Serentak KRT dan SRS Kg. Lahar, Malau, Jitra Kedah.

Tarikh : 16 Julai 2011, Sabtu.
Masa : 9.00 malam.
Tempat : Dewan Orang Ramai Kg. Lahar, Malau, Jitra.

Semua Pengerusi dan AJK KRT Daerah Kubang Pasu dijemput hadir ke majlis ini.

Ismail b. Zakaria
Pegawai Perpaduan Daerah Kubang Pasu

JAWATANKUASA PENYELARAS RT


Kubang Pasu bakal menjadi daerah pertama di Negeri Kedah dalam mewujudkan Jawatankuasa Penasihat dan Penyelaras Rukun Tetangga bagi Parlimen Kubang Pasu dan Jerlun. Penubuhan Jawatankuasa ini bertujuan untuk menyelaraskan semua aktiviti yang dijalankan oleh KRT mengikut Parlimen masing-masing.

Disamping itu, Jawatankuasa ini juga akan membantu mengaktifkan semula KRT yang sebelum ini kurang daya kreativiti menjalankan aktiviti, membantu menyelesaikan setiap permasalahan atau isu yang boleh menganggu gugat perpaduan dalam masyarakat.

Ismail b. Zakaria
Pegawai Perpaduan Daerah Kubang Pasu.

SKUAD KHAS SUKARELAWAN RUKUN TETANGGA

Salam Perpaduan, Salam 1 Malaysia.

Satu pasukan Skuad Khas Sukarelawan Rukun Tetangga bagi Daerah Kubang Pasu yang membabitkan Parlimen Kubang Pasu dan Parlimen Jerlun akan ditubuhkan dalam tempoh waktu yang terdekat. Skuad yang mengandungi seramai 33 orang anggota  ini akan dipilih dari kalangan anggota SRS yang terdapat dalam Daerah Kubang Pasu.

Skuad ini bakal mendapat pelbagai latihan menyelamat dari pelbagai agensi seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Rela dan Persatuan Palang Merah. Pemilihan anggota skuad ini akan dipilih berdasarkan beberapa kriteria tertentu seperti merupakan anggota SRS, sihat tubuh badan, kesediaan mengorbankan masa, tenaga dan sebagainya.

Skuad ini akan bertindak menghulurkan bantuan apabila berlaku bencana seperti banjir, kebakaran, kemalangan, ribut, tanah runtuh dan seumpamanya.

Ismail bin Zakaria
Pegawai Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Daerah Kubang Pasu.

Selamat Menyambut Tahun Baru 2011

Selamat Menyambut Tahun Baru dari Pegawai Perpaduan Daerah K.Pasu

Assalamualaikum , Salam Sejahtera ,Salam Perpaduan & Salam 1Malaysia  buat semua Warga KRT , TP & Taska Permata Perpaduan Daerah K.Pasu. Semuga dengan kehadiran tahun baru ini akan memberikan semangat baru kepada kita semua.


Saya berharap program dan aktiviti diperingkat KRT dan TP dipergiatkan lagi tahun ini.
 Sekian Terima kasih.

SALAM AIDILFITRI 1431H.


Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua warga JPNIN, Rukun Tetangga dan Tabika Perpaduan yang berada di seluruh Malaysia terutama yang berada dalam Daerah Kubang Pasu.

Salam Aidilfitri daripada,
Pejabat Perpaduan Daerah Kubang Pasu.

SALAM KEMERDEKAAN

Perpaduan melahirkan KEMERDEKAAN !
Kemerdekaan menzahirkan                 1 MALAYSIA !

Selamat meraikan sambutan kemerdekaan kali ke 53 tahun !

Daripada :
Pejabat Perpaduan Daerah Kubang Pasu

KRT KUBANG PASU SEBAGAI CONTOH

Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Mohd Johari Baharom mahu menjadikan KRT Daerah Kubang Pasu sebagai contoh penyatuan dan perpaduan kaum mengikut konsep 1 malaysia dengan melipatgandakan pelbagai program dan aktiviti antara kaum seperti diamalkan ketika ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, KRT di Parlimen Kubang Pasu kini sangat dikenali sebagai KRT yang mampu membentuk permuafakatan erat antara kaum melalui pelbagai aktiviti seperti perarakan Maulidul Rasul yang sebelum ini turut disertai kaum Cina, India dan Siam.

Bagaimanapun katanya, ia hanya terhad dibeberapa KRT daripada 24 keseluruhan yang ada di Parlimen Kubang Pasu dan sudah sampai masanya diperluaskan lagi bagi membolehkan Kubang Pasu muncul sebagai daerah contoh KRT 1 Malaysia.

Kita perlu melipatgandakan usaha bagi memastikan KRT 1 Malaysia ini dilaksanakan di seluruh 24 KRT di Kubang Pasu, jadi kita mahu masyarakat sepakat dalam segala aktiviti seperti SRS dan pelbagai aktiviti kemasyarakatan termasuk perayaan kerana mampu membentuk masyarakat harmoni dan bersatu padu, katanya pada sidang media selepas majlis pemimpin bersama rakyat dan penyampaian bantuan kepada mangsa banjir, peralatan pertanian dan KRT daerah Kubang Pasu di Jitra pada 9.8.2010.

Seramai 511 penerima hadir pada majlis tersebut yang membabitkan peruntukan keseluruhan kira-kira RM 800,000.00 bagi bantuan mesin dan alatan pertanian, mangsa banjir dan KRT di kawasan Parlimen Kubang Pasu. Mohd Johari berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM 680,000.00 diperuntukan melaui Jabatan Pertanian untuk bantuan alat dan mesin pertanian, manakala lebih RM 100,000.00 bantuan mangsa banjir, selain setiap KRT menerima RM 2,000.00 bantuan khas Parlimen Kubang Pasu.

- Berita Harian, 11.8.2010.