Pada 20 September 2011 (Selasa) jam 3.00 petang bertempat Di Dewan Utama, Pejabat Daerah Kubang Pasu telah berlangsung Majlis Perhimpunan Kemerdekaan ke 54 dan Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Peringkat Daerah Kubang Pasu.
Lebih 50 Agensi Kerajaan dan Swasta telah mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut yang menyaksikan lebih 1000 orang dari pelbagai kaum. Pelbagai acara menarik telah dipersembahkan pada perhimpunan tersebut.
Pejabat Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional, Daerah Kubang Pasu yang diketuai oleh Pegawai Perpaduannya En. Ismail bin Zakaria bersama Pen. Pegawai Perpaduan dan guru-guru Tabika dan Taska seramai 23 orang tidak ketinggalan mengambil bahagian.
Wahai anak-anak merdeka,
Bangkitlah, bangkitlah dari lenamu,
Agar kita tidak dijajah lagi.
Merdeka, Merdeka, Merdeka...
Daripada,
Mr. Ku
Perpaduan Daerah Kubang Pasu.
JAMUAN HARI RAYA AIDIL FITRI PEJABAT PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL DAERAH KUBANG PASU MERIAH
Jamuan Hari Raya Aidil Fitri Pejabat Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional, Daerah Kubang Pasu telah di adakan pada 15 September2011(Khamis) yang lalu. Sambutannya amat meriah sekali. Ia mendapat sokongan yang padu dari guru-guru dan KRT Daerah Kubang Pasu.
Pelbagai juadah tradisional dan moden telah disajikan kepada para tetamu dan tetamu juga dihiburkan dengan lagu-lagu raya. Majlis bermula pada jam 12 tengahari dan tamat pada jam 3.00 petang.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato' Saad bin Hj. Man ADUN Jitra dan En. Mohd. Saidi bin Midin, Pengarah JPNIN Negeri Kedah dan lebih 300 jemputan lain pelbagai kaum.
Daripada,
Mr.Ku
Perpaduan Daerah Kubang Pasu.
Pelbagai juadah tradisional dan moden telah disajikan kepada para tetamu dan tetamu juga dihiburkan dengan lagu-lagu raya. Majlis bermula pada jam 12 tengahari dan tamat pada jam 3.00 petang.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato' Saad bin Hj. Man ADUN Jitra dan En. Mohd. Saidi bin Midin, Pengarah JPNIN Negeri Kedah dan lebih 300 jemputan lain pelbagai kaum.
Daripada,
Mr.Ku
Perpaduan Daerah Kubang Pasu.
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN
Kami Warga PPNIN Daerah Kubang Pasu mengucapkan:
" Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Dan Batin Untuk Semua.."
Pelancaran Jalur Gemilang Daerah Kubang Pasu Sederhana Tapi Meriah
Pelancaran Jalur Gemilang Anjuran Pejabat Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Kubang Pasu telah berlangsung pada 17 Ogos 2011 yang lalu.Turut hadir pada Majlis tersebut ialah YB Dato' Saad bin Man ADUN Jitra, YB Dato' Ahmad Zaini bin Japar ADUN Bukit Kayu Hitam, Ybhg. En. Mohd. Saidi bin Midin Pengarah JPNIN Negeri Kedah serta Wakil Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Inspektor Aziz.
Sebanyak 500 Jalur Gemilang telah dipasang dikenderaan awam dilaluan jalan menghala ke Changlun berhadapan dengan Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Kubang Pasu.
Tujuan di adakan majlis ini adalah untuk menyemai semangat patriotik dan rasa tanggungjawab kepada negara.
Daripada,
Mr. Ku
Perpaduan Daerah Kubang Pasu.
Sebanyak 500 Jalur Gemilang telah dipasang dikenderaan awam dilaluan jalan menghala ke Changlun berhadapan dengan Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Kubang Pasu.
Tujuan di adakan majlis ini adalah untuk menyemai semangat patriotik dan rasa tanggungjawab kepada negara.
Daripada,
Mr. Ku
Perpaduan Daerah Kubang Pasu.
5 BONUS KHAS RAMADHAN
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasululllah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Umatku diberikan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadhan iaitu":
Bonus pertama.
Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kesturi disisi Allah.
Bonus ke dua.
Para Malaikat beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.
Bonus ke tiga.
Allah memperindahkan syurgaNya setiap hari dan dan berfirman, "Hampir-hampir, hamba-hambaKu yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan, lalu kembali kepadamu".(Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat)
Bonus ke empat.
Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan bebas seperti pada bulan-bulan selain Ramadhan.
Bonus ke lima.
Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam,(Orang yang beramal akan disemprnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya).
Mengenai bonus ke lima ini, ada sahabat yang bertanya kepada Baginda s.a.w; "Ya Rasulullah, apakah itu berlaku pada malam Lailatulqadar?" Baginda menjawab : "Bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya selepas menyelesaikan amalnya".
(Riwayat Ahmad)
Petikan majalah Solusi bil.34/2011
Selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh warga JPNIN, Guru Tabika, warga KRT dan Peronda SRS Daerah Kubang Pasu.
Daripada:
Ismail b. Zakaria
Pegawai Perpaduan Daerah Kubang Pasu.
PERASMIAN KRT KG. LAHAR, MALAU.
Majlis Pelancaran Serentak KRT dan SRS Kg. Lahar, Malau, Jitra Kedah.
Tarikh : 16 Julai 2011, Sabtu.
Masa : 9.00 malam.
Tempat : Dewan Orang Ramai Kg. Lahar, Malau, Jitra.
Semua Pengerusi dan AJK KRT Daerah Kubang Pasu dijemput hadir ke majlis ini.
Ismail b. Zakaria
Pegawai Perpaduan Daerah Kubang Pasu
JAWATANKUASA PENYELARAS RT
Kubang Pasu bakal menjadi daerah pertama di Negeri Kedah dalam mewujudkan Jawatankuasa Penasihat dan Penyelaras Rukun Tetangga bagi Parlimen Kubang Pasu dan Jerlun. Penubuhan Jawatankuasa ini bertujuan untuk menyelaraskan semua aktiviti yang dijalankan oleh KRT mengikut Parlimen masing-masing.
Disamping itu, Jawatankuasa ini juga akan membantu mengaktifkan semula KRT yang sebelum ini kurang daya kreativiti menjalankan aktiviti, membantu menyelesaikan setiap permasalahan atau isu yang boleh menganggu gugat perpaduan dalam masyarakat.
Ismail b. Zakaria
Pegawai Perpaduan Daerah Kubang Pasu.
SKUAD KHAS SUKARELAWAN RUKUN TETANGGA
Salam Perpaduan, Salam 1 Malaysia.
Satu pasukan Skuad Khas Sukarelawan Rukun Tetangga bagi Daerah Kubang Pasu yang membabitkan Parlimen Kubang Pasu dan Parlimen Jerlun akan ditubuhkan dalam tempoh waktu yang terdekat. Skuad yang mengandungi seramai 33 orang anggota ini akan dipilih dari kalangan anggota SRS yang terdapat dalam Daerah Kubang Pasu.
Skuad ini bakal mendapat pelbagai latihan menyelamat dari pelbagai agensi seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Rela dan Persatuan Palang Merah. Pemilihan anggota skuad ini akan dipilih berdasarkan beberapa kriteria tertentu seperti merupakan anggota SRS, sihat tubuh badan, kesediaan mengorbankan masa, tenaga dan sebagainya.
Skuad ini akan bertindak menghulurkan bantuan apabila berlaku bencana seperti banjir, kebakaran, kemalangan, ribut, tanah runtuh dan seumpamanya.
Ismail bin Zakaria
Pegawai Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Daerah Kubang Pasu.
Selamat Menyambut Tahun Baru 2011
Selamat Menyambut Tahun Baru dari Pegawai Perpaduan Daerah K.Pasu
Assalamualaikum , Salam Sejahtera ,Salam Perpaduan & Salam 1Malaysia buat semua Warga KRT , TP & Taska Permata Perpaduan Daerah K.Pasu. Semuga dengan kehadiran tahun baru ini akan memberikan semangat baru kepada kita semua.
Saya berharap program dan aktiviti diperingkat KRT dan TP dipergiatkan lagi tahun ini.
Sekian Terima kasih.
Assalamualaikum , Salam Sejahtera ,Salam Perpaduan & Salam 1Malaysia buat semua Warga KRT , TP & Taska Permata Perpaduan Daerah K.Pasu. Semuga dengan kehadiran tahun baru ini akan memberikan semangat baru kepada kita semua.
Saya berharap program dan aktiviti diperingkat KRT dan TP dipergiatkan lagi tahun ini.
Sekian Terima kasih.
SALAM AIDILFITRI 1431H.
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua warga JPNIN, Rukun Tetangga dan Tabika Perpaduan yang berada di seluruh Malaysia terutama yang berada dalam Daerah Kubang Pasu.
Salam Aidilfitri daripada,
Pejabat Perpaduan Daerah Kubang Pasu.
SALAM KEMERDEKAAN
Perpaduan melahirkan KEMERDEKAAN !
Kemerdekaan menzahirkan 1 MALAYSIA !
Selamat meraikan sambutan kemerdekaan kali ke 53 tahun !
Daripada :
Pejabat Perpaduan Daerah Kubang Pasu
KRT KUBANG PASU SEBAGAI CONTOH
Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Mohd Johari Baharom mahu menjadikan KRT Daerah Kubang Pasu sebagai contoh penyatuan dan perpaduan kaum mengikut konsep 1 malaysia dengan melipatgandakan pelbagai program dan aktiviti antara kaum seperti diamalkan ketika ini.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, KRT di Parlimen Kubang Pasu kini sangat dikenali sebagai KRT yang mampu membentuk permuafakatan erat antara kaum melalui pelbagai aktiviti seperti perarakan Maulidul Rasul yang sebelum ini turut disertai kaum Cina, India dan Siam.
Bagaimanapun katanya, ia hanya terhad dibeberapa KRT daripada 24 keseluruhan yang ada di Parlimen Kubang Pasu dan sudah sampai masanya diperluaskan lagi bagi membolehkan Kubang Pasu muncul sebagai daerah contoh KRT 1 Malaysia.
Kita perlu melipatgandakan usaha bagi memastikan KRT 1 Malaysia ini dilaksanakan di seluruh 24 KRT di Kubang Pasu, jadi kita mahu masyarakat sepakat dalam segala aktiviti seperti SRS dan pelbagai aktiviti kemasyarakatan termasuk perayaan kerana mampu membentuk masyarakat harmoni dan bersatu padu, katanya pada sidang media selepas majlis pemimpin bersama rakyat dan penyampaian bantuan kepada mangsa banjir, peralatan pertanian dan KRT daerah Kubang Pasu di Jitra pada 9.8.2010.
Seramai 511 penerima hadir pada majlis tersebut yang membabitkan peruntukan keseluruhan kira-kira RM 800,000.00 bagi bantuan mesin dan alatan pertanian, mangsa banjir dan KRT di kawasan Parlimen Kubang Pasu. Mohd Johari berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM 680,000.00 diperuntukan melaui Jabatan Pertanian untuk bantuan alat dan mesin pertanian, manakala lebih RM 100,000.00 bantuan mangsa banjir, selain setiap KRT menerima RM 2,000.00 bantuan khas Parlimen Kubang Pasu.
- Berita Harian, 11.8.2010.
SELAMAT BERPUASA
Pegawai Perpaduan Daerah dan kakitangan Pejabat Perpaduan Daerah Kubang Pasu, Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Kedah mengucapkan selamat berpuasa kepada semua Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa KRT dan guru-guru Tabika Perpaduan Daerah Kubang Pasu yang beragama Islam.
Semoga di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini dapat memberi keinsafan dan memberi kekuatan iman dalam menempuh kehidupan kita seharian. Semoga aktiviti kemasyarakatan dapat diteruskan dalam bulan ini. Mungkin aktiviti yang paling baik dilaksanakan di bulan puasa ini ialah mengadakan Jamuan Moreh dan Berbuka Puasa kepada masyarakat yang terdapat dalam komuniti kita.
Dalam aktiviti Moreh ini beberapa elemen penyatuan masyarakat secara tidak langsung dapat kita terapkan. Antaranya semangat bergotong royong menyiapkan juadah atau jamuan, menggalakkan amalan bersedekah, dan mengimarahkan masjid.
Dan jangan juga kita lupa, pada bulan Ramadhan ini juga merupakan bulan sambutan kemerdekaan negara kita yang ke 53. Teruskan program bulan kemerdekaan pada tahun ini seperti kempen mengibarkan Jalur Gemilang dan sebagainya yang boleh dijalankan sekadar yang termampu. Jangan jadikan puasa sebagai alasan untuk melemahkan semangat patriotik kita.
Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan !!!
MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !
MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !
PELANCARAN 6 KRT BARU
Enam Kawasan Rukun Tetangga (KRT) baru di Daerah Kubang Pasu telah dilancarkan serentak pada 17 Julai 2010 menjadikan 31 buah KRT di daerah ini iaitu 24 di Parlimen Kubang Pasu manakala 7 lagi di Parlimen Jerlun.
Semua KRT baru itu ialah KRT Taman Tengku Maheran, KRT Taman Rasa Sayang, KRT Kg. Lembah Palas, KRT Taman Kenanga, KRT Kg. Lahar dan KRT Taman Desa Damai. Majlis pelancaran yang diadakan di Taman Tengku Maheran telah disempurnakan oleh Dato' Mohd Johari Baharom, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Ahli Parlimen Kubang Pasu.
Turut hadir di majlis pelancaran ini ialah Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Putra Jaya, Pn. Azizah bt. Ariffin.
KEM SRS PERINGKAT NEGERI KEDAH 2010
Tarikh : 3 - 5 Julai 2010
Tempat : PJ Sentosa Campsite, Kuala Nerang, Kedah.
Perasmian penutup : Dato' Wira Syed Ismail b. Dato' Haji Syed Azizan, Ketua Polis Kedah.
Penyertaan : 113 KRT Negeri Kedah yang mempunyai SRS. (2 orang setiap SRS)
Tempat : PJ Sentosa Campsite, Kuala Nerang, Kedah.
Perasmian penutup : Dato' Wira Syed Ismail b. Dato' Haji Syed Azizan, Ketua Polis Kedah.
Penyertaan : 113 KRT Negeri Kedah yang mempunyai SRS. (2 orang setiap SRS)
En. Mohd Saidi b. Midin, Pengarah JPNIN Kedah sedang berucap sewaktu perasmian penutup.
Dato' Wira Syed Ismail b. Dato' Haji Syed Azizan berucap merasmikan penutupan kem SRS.
En. Zulkifli b. Hashim, daripada ibu pejabat JPNIN Putra Jaya sedang menyampaikan taklimat.
Timbalan Ketua Polis Kedah sedang menyampaikan taklimat jenayah.
En. Ismail b. Zakaria, Pegawai Perpaduan Daerah Kubang Pasu bertindak selaku moderator Dialog Keselamatan Bersama Polis, Imigresen dan Jab. Agama Islam Kedah.
SRS KRT Taman Meranti, Kelantan yang menerima anugerah SRS Cemerlang 2010 sedang memberi taklimat.
KEM SKIM RONDAAN SUKARELA NEGERI KEDAH 2010
Kem dibawah anjuran JPNIN Negeri Kedah tersebut akan diadakan pada :
Tarikh : 3 - 5 Julai 2010
Tempat : PJ Sentosa Kem Site, Puncak Janing, Kuala Nerang.
Sehubungan dengan itu KRT yang disenaraikan dibawah adalah diwajibkan hadir. Setiap KRT perlu menghantar 2 orang Sukarelawan SRS. Keutamaan ialah kepada Ketua Rondaan dan Setiausaha Rondaan.
1. KRT Taman Siswa.
2. KRT Taman Sri Nyior.
3. KRT Taman Mahsuri.
4. KRT Taman Sayang.
5. KRT Taman Tabung Haji.
6. KRT Pekan Air Hitam.
7. KRT Taman Teja Zon A.
8. KRT Taman Melur.
9. KRT Taman Suasana Damai / Kg. Pasir Tambun.
" suatu penekanan dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) adalah memerangi jenayah, dan KRT melalui SRS diberi satu tugas yang istimewa dan lebih penting". ( Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon - Sinar 28 Jun 2010 )
TAMBAHAN ELAUN BULANAN KRT
Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.
Berkuatkuasa bulan Julai 2010, semua KRT di seluruh negara akan menerima kenaikan elaun bulanan berjumlah RM500, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.
Penambahan elaun ini dibuat selepas kementeriannya menerima kelulusan peruntukan tambahan RM14 juta baru-baru ini, berbanding jadual asal hanya kira-kira RM5.6 juta. Perubahan ini diharap dapat membantu KRT menggerakkan aktiviti dengan lebih aktif selepas ini, berbanding 118,000 aktiviti mermbabitkan penyertaan lebih lima juta penduduk pada sepanjang tahun lalu, ujar beliau sewaktu merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Perlis 2010 di Dataran Datuk Sheikh Ahmad, Perlis.
Pertambahan bermula 1 Julai ini membolehkan setiap KRT menerima elaun bulanan RM500, iaitu tambahan RM200 berbanding hanya RM200 sebulan sebelum ini. Jadi kita harap semua KRT di seluruh negara akan bergerak lebih aktif terutama dalam aktiviti kemasyarakatan, termasuk membabitkan soal keselamatan kawasan kediaman melalui Skim Rondaan Sukarela (SRS) katanya.
Beliau juga berkata, pertambahan elaun RM14 juta itu hanya membabitkan jadual pembayaran antara tempoh bulan Julai dan Disember 2010 sahaja. Buat masa sekarang, terdapat 4,700 KRT di seluruh negara dan jika ada pertambahan kelak, beliau yakin bajet untuk pembayaran elaun kepada KRT akan turut dinaikkan.
Sumber : Berita Harian, 5 Jun 2010.
Beliau juga berkata, pertambahan elaun RM14 juta itu hanya membabitkan jadual pembayaran antara tempoh bulan Julai dan Disember 2010 sahaja. Buat masa sekarang, terdapat 4,700 KRT di seluruh negara dan jika ada pertambahan kelak, beliau yakin bajet untuk pembayaran elaun kepada KRT akan turut dinaikkan.
Sumber : Berita Harian, 5 Jun 2010.
Langgan:
Catatan (Atom)
























